#Muar: Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.
#Tertuduh,Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
#Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
#Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.
#Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
#Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
#Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes – HARIAN METRO
#Admin: menurut beberapa sumber dari rakan media, suspek disyaki seorang penagih dadah dan mempunyai beberapa kes jenayah sebelum ini.
#Tidak mustahil beliau bertindak membunuh mangsa tersebut ketika dibawah pengaruh dadah. Apapun sebab beliau bertindak dengan begitu kejam, admin yakin mesti ada sesuatusebab disebalik motifpembunuhan ini.
#Mungkin dendam? ataupun suspek dah lama berniat merogol mangsa dan hanya menunggu masa yang sesuai?
#Apapun, sama-samalah kita nantikan keputusan dari pihak polis dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan adil.
0 comments:
Post a Comment