Wednesday, December 9, 2015

Sekeping gambar terkini Fazura telah mencuri perhatian ramai dan lebih kecoh apabila seorang yang bukan beragama Islam menegur cara pemakaiannya.


Pengguna Fb bernama Sabrina telah memberi komen seperti malu dengan pemakaian Fazura.

Ini komennya:

Apuuu.. nape x buka jew bju tu .. jgn memalukn agama sndri.. saya yg agama kristen pun malu bila tgok org agama kristen pkai bju dedah sna sni pdahal Ajaran xda sruh cm tu pn.. tp apa bole buat .. kita manusia katakn..



Rata-rata netizen ada yang menyokongnya namun ada juga peminat setia Fazura yang mempertahankan pelakon jelita itu.

Seperti biasa fans versus haters. Ada yang suka dan ada yang tak suka.

Ini lagi antara komen-komen :








Tuesday, December 8, 2015

Sekeping gambar terkini Fazura telah mencuri perhatian ramai dan lebih kecoh apabila seorang yang bukan beragama Islam menegur cara pemakaiannya.


Pengguna Fb bernama Sabrina telah memberi komen seperti malu dengan pemakaian Fazura.

Ini komennya:

Apuuu.. nape x buka jew bju tu .. jgn memalukn agama sndri.. saya yg agama kristen pun malu bila tgok org agama kristen pkai bju dedah sna sni pdahal Ajaran xda sruh cm tu pn.. tp apa bole buat .. kita manusia katakn..



Rata-rata netizen ada yang menyokongnya namun ada juga peminat setia Fazura yang mempertahankan pelakon jelita itu.

Seperti biasa fans versus haters. Ada yang suka dan ada yang tak suka.

Ini lagi antara komen-komen :








MENGHARUKAN!! Kisah TUNKU JALIL Memayungi POLIS TRAFIK Yang TERLIBAT Dalam KEMALANGAN...

## Sebut sahaja pasal Almarhum Tunku Jalil, pasti banyak kisah menarik yang rakyat ingin sampaikan mengenai baginda.....

## Terbaharu, seorang anggota polis trafik mendedahkan kisah bagaimana Almarhum Tunku sanggup duduk di bawah terik matahari demi memayungi seorang anggota polis trafik yang terlibat dalam kemalangan.....


## Ikuti Kisahnya...


## Sungguh baik hati Almarhum Tunku Jalil ini. Semoga roh baginda ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.....



'DAH SEDEKAH MACAM² TETAPI MEREKA MINTA FREEZER, TV, VCD'


7 Disember yang lalu, kami kongsikan beberapa gambar dari rumah anak yatim di Sungai Kantan, Kajang, yang memerlukan bantuan orang ramai. Dengan gambar yang menunjukkan keadaan tempat tinggal mereka itu, sudah tentu mengusik hati dan perasaan anda. 

Dari sumber yang kami terima, anak-anak yatim ini memerlukan bantuan atau sumbangan dari segi pakaian, makanan dan ubat-ubatan. 

Namun, tidak sampai 24 jam gambar itu disiarkan, kami dihubungi oleh seorang individu yang mendedahkan perkara yang tidak enak dibaca mengenai rumah anak yatim ini. 

"Assalam, saya terpanggil untuk mesej pihak tuan berkenaan dengan rumah anak yatim Peribadi Mulia yang pihak tuan post semalam. 

"Sebelum ini, saya dan rakan-rakan ada pergi ke rumah tersebut bertanyakan keperluan. Kami sudah sedekah bermacam-macam, diorang minta freezer lah, TV lah, VCD lah dan kami pun tertanya-tanya di mana pentingnya semua benda yang mereka sebukan itu untuk anak-anak ini?

"Sebelum ini kami ada mendengar cerita bahawa rumah anak yatim ini menipu sebenarnya. Mereka ini bekas ahli Al-Arqam dan kebanyakan anak-anak itu adalah anak mereka. Wallahualaam. 

"Sukar untuk kami mempercayai cerita itu, jadi kami buat keputusan untuk menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ternyata jawapan yang diberikan oleh JKM tidak enak didengar. 

"Pihak JKM ketawa apabila saya sebut nama rumah kebajikan ini dan memberitahu bahawa banyak penipuan yang telah mereka lakukan. Mereka juga tidak berdaftar dengan JKM dan nombor pendaftaran yang ditunjukkan juga adalah tidak betul. 

"Saya dulu pun pernah viralkan pasal rumah ini seperti pihak tuan dan terpaksa saya delete kerana penipuan mereka ini. Salam dan maaf jika saya silap," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM



Monday, December 7, 2015

'Dia Hanya Kerani Seumur Hidup, Tetapi Lihatlah Rumahnya Ini' Saya sendiri pernah labelkan dia kedekut. Mana tidaknya, bayar teh tarik & sekeping roti canai pun guna syilling 5 sen, 10 sen, 20 sen.

Ini adalah rumah seorang rakan saya yang pernah berkerja satu office. Dia hanya seorang kerani dari awal bekerjaya sehingga umur beliau sekarang 58 tahun. Beliau masih lagi kuat bekerja. Saya agak kagum sebab beliau antara satu-satunya kerani yang dilanjutkan kontrak setelah melalui umur pencen wajib pada umur 55 tahun. Waktu itu umur persaraan belum dinaikkan kepada umur 60 lagi.

Siapa yang mengenali dia memang tahu beliau adalah seorang yang sangat berjimat. Uncang duit syiling beliau kerap jadi selokaan kami sampai kami segan suruh dia bayar makan breakfast sebab dia bayar teh tarik dan sekeping roti canai dengan syiling 5sen, 10 sen, 20 sen.

Tidak kurang juga orang yang melabelkan dia 'Tangkai Jering' atau kedekut termasuk saya sendiri satu masa dulu. Tapi sebenarnya ramai orang tidak tahu keperibadian sebenar beliau. Orang kedekut biasanya tidak disenangi, tetapi yang peliknya kenapa beliau sebaliknya?

Bagi saya yang mengenali beliau, beliau adalah orang yang sangat ringan tulang membantu orang lain, Kalau bab tolong orang dia memang cepat jer. Tak pelik beliau pernah mendapat anugerah 'Best Customer Service'. Jangan pelik perempuan cantik seksi pun tak dapat, pakcik yang selalu tergagap ini yang dapat. Lagi pelik selalu menjadi top Lead Generator dalam sales di peringkat region and nationwide.

Di sebalik uncang syiling yang diusung ke sana ke mari dan pelbagai label dibagi, beliau sangat cool dan tak ambil peduli orang kata. Beliau seorang yang melebihkan keluarga, isteri dan anak-anak. Anak beliau sendiri dihantar belajar ke luar negara dan masa tu dia bagitahu saya sebahagian besar gajinya untuk perbelanjaan pelajaran anak beliau. 


Jangan pelik beliau tiada hutang-hutang yang jahat. Kereta waktu itu pun sudah lama habis bayar, sampai sekarang itulah, kereta Proton Waja lamanya itu. Isteri beliau pun hanya bekerja sebagai pembantu di klinik. Bagaimanakah mereka mampu mengaturkan kehidupan mereka dengan gaji yang sangat sederhana? Mungkin tidak semua orang mampu.

Kalau cerita bab belanja orang di kedai memang susah nak nampak, Tapi beliau selalu bawa makanan dari rumah bagi makan pada rakan-rakan office. Dulu saya sendiri pernah labelkan beliau kedekut tapi itulah pemikiran yang tidak matang sehingga tidak dapat membezakan orang berjimat dengan orang kedekut. 

Orang kedekut sebenarnya adalah orang yang mementingkan diri sendiri hingga menganiaya orang lain. Pakcik ini sepanjang perkenalan saya tidak pernah menganiaya saya. Cuma sekadar belanja dia secawan teh tarik dan roti canai. Tetapi balasan beliau jauh lebih besar. 

Sewaktu kereta saya pernah rosak, dia pernah menunggu saya sampai ke tengah malam. Barang-barang berat semua dia yang angkat, walaupun umur beliau hampir 30 tahun lebih tua dari saya. Bukan saya tak kuat nak angkat, dia yang suka tunjuk kuat.

Lihatlah rumah beliau sekarang, mungkin orang yang berpangkat besar juga belum tentu dapat apa yang beliau ada hari ini hasil penjimatan beliau bertahun-tahun dengan keadaan bukan seorang individu dan pasangan yang berpangkat dan bergaji besar. Rumah ini juga beliau bina secara tunai tanpa hutang. Mungkin saya tidak mampu mengikut cara perbelanjaan dan kehidupan beliau. Tetapi ada banyak pengajaran yang harus diambil kisah walaupun tidak semua, mampu menjadi benteng dan pemangkin jalan kehidupan yang mungkin masih jauh. Sekurang-kurangnya kita belajar untuk beringat.

Jangan merendah diri jika sekarang kita berpangkat kecil. Tetapi susahkanlah hati kalau hari ini kita bergaji besar Tetapi seperti tiada apa-apa. - Khairul Ezuwan

Sumber: thehypemedia