Monday, November 16, 2015

Filled Under:

AKHIRNYA ASTRO DEDAH PUNCA SEBENAR MENGAPA NABIL SERING BERSIKAP BIADAP KETIKA MENGACARA

#Mesti korang pelik kan kenapa Nabil masih lagi bersikap macam tu walaupun orang dah tegur banyak kali. Ni lah penjelasan sebenar dari Astro sendiri.

#SHAH ALAM: Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.

#Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.

#“Pihak kami berpuas hati dengan Nabil dan apa yang saya lihat, Nabil sudah banyak mengurangkan gurauannya di atas pentas.

#“Jika pihak kami terlalu ketat dalam meletakkan syarat-syarat cara pengacaraan, ia akan menyekat dan ‘membunuh’ kreativiti Nabil mengendalikan program berkenaan,” katanya kepada mStar Online.

#Raqim yang ditemui pada konsert Gegar Vaganza 2 minggu kelima pada malam Ahad diminta mengulas mengenai komen orang ramai yang masih tidak senang dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu yang dianggap seperti bergurau tidak kena tempat.

#Nabil turut mendapat kritikan apabila dia dilihat suka mencelah ketika juri sedang memberi komen kepada peserta dan perkara itu dianggap sebagai kurang sopan.

#Bagaimanapun Raqim menjelaskan, menjadi tanggungjawab pengacara untuk meneutralkan keadaan lebih-lebih lagi ketika juri memberi kritikan pedas.

#“Pengacara perlu menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pada peserta mahupun juri.

#“Jika ada yang berasa Nabil sengaja mahu mencelah, mereka silap. Nabil termasuklah pengacara gandingannya iaitu Jihan Muse sekadar mahu meredakan keadaan,” ujarnya.

#Gegar Vaganza 2 disiarkan secara langsung pada setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

#Sumber: h2m9363





7 comments:

  1. Suruh dorang yg suka menghina tu ganti tmpat nabil...biar dia tau mcm mna rs duduk kat tmpat nabil bdiri sbgai pngacara....haaa...dapat ke idok...mulut tlmpau busuk nak mngata org....kalau rs dr x sempurna jgn kutuk org la....hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ok je dgn Nabil tu..terhibur. Yg pandai komen tu..suruh la jadi pengacara.

      Delete
  2. bosan doh kalau nabil dah jd pengacara tahun lepas xde pon tukar pengacara xde funny lah nabil xde dgn jihan sekali x rasa bosan kalau sakat Saleh Yakob dan Raja Azura ape dorg ade is not funny is so bored...sy harap pihak astro tolong janganlah tukar pengacara..

    ReplyDelete
  3. betul...x payah tukar pengacara. saya suka tgk Nabil dgn Jihan. walaupun selalu menyekat tapi bagi saya, saya terasa terhibur.

    ReplyDelete
  4. x seronok r panas nie xde nabil gan jihan..

    ReplyDelete
  5. honestly ... sy tidak pernah amik port pasal gegar vaganza ms musim pertama dulu .. tah mcmana ms 1st week gegar vaganza musim2 ni ..sy bru blk keje .. dlm duk kelik2 tukar channel tup2 terpampang muka nabil n jihan dgn gaya mereka dan juga dgn artis2 yg ada telah berjaya membuat jari saya berhenti kelik2 tukar siaran dan terus menjadikan sy peminat no 1 gegar vaganza musim 2..nabil n jihan sntiasa ada idea tuk buat kami tergelak .. n so sweet bila tok ram yg kita kenal sbagai juri yg serious bole layan n bergurau juga dgn nabil n jihan ... mmg sungguh menceriakan gegar vaganza tp bila last week ada gimik K.E n S.Y gantikan najib n jihan trus i said ok then klo betui terjadi i mls nk tgk GV mlm ni .. bkn sbb xsuke ke or SY tp KE n SY dh slalu dgo keceriaan mereka kat radio so klo gantikan GV sama je mcm dgo radio siang n malam plak

    ReplyDelete
  6. dunia akhir zaman..takde benda lain ke nak tgok..program bukan2 ni gak nak tgok..lepas satu, satu lagi program bodoh kt malaysia nie..hidup lah korang dgn hiburan yg melalaikan sampai kesudahh..

    ReplyDelete