Thursday, November 12, 2015

Filled Under:

TERBONGKAR ! Intan Rupanya Bukan Mangsa Pertama Suspek Yg Bertopengkan Syaitan Ini. Memang Bernafsu BINATANG. Geram pula bila tahu perkara TERBARU ni. Ya Allah Kau Jauhilah Keluargaku dari perkara sebegini.

#PULAU PINANG  – Polis tidak menolak kemungkinan pengawal keselamatan yang merogol dan membunuh pelajar tingkatan lima di Teluk Kumbar di sini pada 24 Oktober lepas terbabit dalam satu lagi kes rogol seorang kerani sebuah syarikat swasta di sini.

#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, kejadian berlaku pada tengah malam 8 Oktober lalu ketika wanita berusia 20-an itu sedang tidur di rumah keluarganya yang juga terletak di Teluk Kumbar.

#Menurutnya, ketika itu, seorang lelaki memecah masuk rumah tersebut sebelum menceroboh ke bilik tidurnya.

#Katanya, wanita itu yang sedar cuba menjerit tetapi suspek dengan pantas menutup mulutnya dan merogolnya.

#“Selepas suspek melarikan diri, mangsa memberitahu keluarganya dan kemudian membuat laporan polis.

#“Berdasarkan siasatan, kami percaya pengawal keselamatan berkenaan mungkin terbabit dalam kes itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

#Zakaria berkata, kertas siasatan kedua-dua kes rogol berkenaan hampir siap dan pihaknya hanya menunggu laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) sebelum menye­rahkan kertas siasatan kepada Ketua Unit Perundangan untuk tindakan selanjutnya.

#Dalam kejadian 24 Oktober lalu, mayat Intan Suraya Mawardi, 17, yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar di sini ditemukan mati oleh ayahnya yang pu­lang ke rumah flat mereka di Bandar Baru Teluk Kumbar di sini pada pukul 7.30 malam.





1 comments: