Thursday, November 26, 2015

Filled Under:

"Walaupun Saya Dato, Saya Tak Rasa Hina Jadi Pak Guard"

#Sudah lama pelakon popular sekitar tahun 80-an, Datuk Seri Shah Rezza tidak aktif dlm dunia lakonan dan hanya menumpukan pada perniagaan beliau....

#Namun,  beliau kini sudah kembali aktif dlm bidang lakonan & mencuri hati penonton menerusi watak Pak Hamid yang merupakan seorang pengawal keselamatan didalam drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael....
Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertanya tidak kah Shah Rezza merasa malu untuk melakonkan watak seorang pak guard yang seakan merendahkan status beliau sebagai seorang yang amat terkenal dan disegani....
Ini jawapan beliau:-

#Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yg berlainan dgn diri kita adalah erti pelakon sebanar.... Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak....
Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bkn watak-watak besar pun.... Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dgn kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dgn orang lain....
Malah, pada awal kemunculan beliau dlm bidang seni, Shah Rezza yg merupakan kerabat diraja dari Kelantan tidak pernah menonjolkan statusnya itu....

#Shah Rezza enggan memakai nama sebenar bagi mengelakkan rasa pilih kasih segelintir pihak terhadap dirinya....
Pada usia 14 tahun ketika itu saya duduk di Istana Negara, saya minta utk menceburi bidang peragaan & seni dan ibu saya nasihatkan agar tidak guna nama sebenar....
Saya mahu dikenali dgn nama Shah Rezza sahaja supaya kawan-kawan dan orang sekeliling saya tidak memberikan kelebihan kepada saya hanya kerana saya kerabat diraja....

#Apa yg dikatakan oleh Shah Rezza itu betul, dalam lakonan kadang-kadang kita tidak boleh fikir untuk popular sahaja dan tidak salah pun untuk menerima watak pembantu meskipun artis itu sudah terkenal....  Meskipun watak Pak Hamid itu kecil, kami rasa ia masih mampu mencuit hati penonton bukan? Hehe





0 comments:

Post a Comment