Saturday, August 15, 2015

Filled Under:

Bangkit Semula

Ada yang sudah merasai zaman kejatuhan,ada juga yang masih struggle tak kurang yang masih bertahan.

Ramai yang tahu kisah kejayaan kami sebelum ini, mencapai jualan tujuh (7) angka dalam tempoh sembilan (9) bulan. Memiliki wisma sendiri, 38 orang staf dan jualan ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Langit tidak selalunya cerah, kerana kejahilan kami dalam pengurusan bisnes dan tiada dokumen yang melindungi bisnes waktu itu, menyebabkan saya jatuh tersembam sekelip mata.

Hujung tahun 2014 Saya KEHILANGAN bisnes yang saya usahakan dengan kudrat diri selama tempoh itu. Nilai bisnes jutaan ringgit lenyap dan saya terpaksa menanggung hutang yang banyak iaitu hampir RM200,000. Legasi ‘Kaki’ yang dulunya dibanggakan terus hilang sekelip mata dalam saat belum sempat saya merasa hasilnya.

Berbekalkan satu-satunya harta yang saya ada, sebuah motor kapcai suzuki waktu itu, inilah saja MODAL utama dan bekalan untuk saya bangkit semula. Bina semuanya sekali lagi! Ini antaranya :

1. Masuk kelas bisnes terutama mengenai ilmu pengurusan supaya dapat kenal pasti kesilapan yang telah dilakukan yang sering dipandang enteng.
Saya sanggup invest sejumlah wang yang besar kerana inilah ilmu yang akan mengurangkan cukai kebodohan yang lebih MAHAL untuk bisnes saya akan datang.

2. Jangan tukar kawan, tapi UPGRADE kawan sedia ada. Berkawan dengan mereka yang lebih tinggi ilmu dan kejayaan daripada kita.
Ketika jatuh,SANGAT penting untuk kurangkan berkawan dengan orang yang jatuh sama. Nanti sama-sama main biola.

Pilih guru yang betul yang boleh tegur dan marah kita. Jangan tenggelam dengan pujian menggunung. Ini bakal merosakkan usaha kita bila overdose perasan bagus. Jangan salahkan guru, jika kita belum berjaya. Salah diri sendiri yang tidak mahu belajar dengan lebih banyak guru.

3. Sedar diri, dan terus melangkah. Jika kita tidak diuji, mungkin kita selesa dengan hidup kita sekarang. Tukar gaya hidup sedia ada, gunakan apa yang ada ditangan. Jangan merungut! Jalan terus sahaja!

Melayan emosi dan energi kesusahan tak membawa apa-apa! Tindakan sahaja yang menentukan kita di mana.

Ingat ni, orang boleh ambil wang dan bisnes kita, tapi orang lain tidak boleh ambil ilmu, pengalaman dan SEMANGAT kita!!

Tahun 2015, saya terus bangkit dan melunaskan hampir sebahagian besar hutang saya. saya membangunkan Byond Success Sdn Bhd dengan tujuan utama iaitu mahu kongsi ilmu supaya anda tidak lalui jalan yang sama yang pernah saya lalui dulu.

Beberapa aset hartanah telah dimiliki terutama di Shah Alam,setelah menguruskan syarikat dengan betul dan memahami kepentingan dokumen dalam syarikat.

Ianya terlalu SAKIT, bila kita kehilangan legasi yang telah dibina hanya sebab tiada dokumen yang menyelamatkannya.

Pelangi akan muncul setelah hujan reda. Pastinya akan bangun semula biarpun apa yang bakal berlaku di kemudian hari kerana kali ini, saya telah benar-benar bersedia!

Coretan bekas rider kapcai, kini tinggal kenangan.




0 comments:

Post a Comment