Thursday, November 12, 2015

Filled Under:

Respon BERANI MATI Adira Buat Nabil Selepas Menghina Pakaiannya Dalam Gegar Vaganza. Tak Habis-habis Nabil dengan MULUTnya yang asyik menghina orang. Dia ingatkan ADIRA yang lembut ni boleh duduk diam. NAH. Amek kau NABIL. Lepas ni Tolong la Nabil . Jaga Hati dan Perasaan Orang lain. BENCI tengok lama-lama

#KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira menjelaskan beliau tidak tersinggung dengan jenaka pengacara program Gegar Vaganza musim kedua, Nabil Ahmad membuat lawak dengan pakaian yang digayakannya ketika hadir sebagai penyanyi jemputan Ahad lalu.

#Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, menganggap lawak Nabil yang mempersenda busana yang dipakai kelihatan seperti jubah konvokesyen sekadar bahan jenaka bagi memeriahkan lagi program itu.

#"Bagi saya, biasalah usik mengusik bagi memeriahkan lagi suasana. Saya maklum dengan tugas Nabil selaku pengacara dan beliau juga dikenali sebagai pelawak popular.

#"Saya tidak terasa hati kerana sememangnya saya menyukai baju yang digayakan pada malam itu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat tersendiri.




#"Namun dalam masa sama, saya juga ingin menjaga sensitiviti pereka fesyen yang membuat baju itu. Secara peribadi, saya tidak tersinggung atau terasa hati," katanya kepada BH Online.

#Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu hadir memeriahkan program Gegar Vaganza 2 sebagai penyanyi jemputan menyampaikan lagu Disebalik Rahsia Cinta bersama penyanyi Ezad Lazim.

#Dalam perkembangan terkini, gadis kelahiran Sabah itu berkongsi bakal ke Lombok, Indonesia dalam masa terdekat untuk menjalani penggambaran klip video single terbaharunya berjudul Kekasih Teragung.





0 comments:

Post a Comment